Sunday, February 5, 2012

Muqaddam Bergambar Khas Buat Si Manja


Umum tahu bahawa kanak-kanak mudah tertarik kepada objek yang berwarna terang, kartun comel dan warna-warni. Ia menggambarkan sifat ceria kanak-kanak yang tak perlu risaukan apa- apa ;)

Justeru, alhamdulillah, Pustaka Darul Iman mengambil kira tentang hal ini, dan mula menghasilkan Muqaddam Bergambar.

Muqaddam Bergambar ni tiada pelajaran alif ba ta. Ia sama sekali tidak menggantikan peranan iqra’. Untuk belajar alif ba ta, saya sangat syorkan teknik Al Baghdadi- memang sangat best lah!

Muqaddam Bergambar ni mengandungi 30 surah juzuk amma. Dari surah An- Naba’ hingga surah An- Nas. Dan ada juga surah Al-Fatihah. Muqaddam ni penuh warna, gambar kartun pun comel-comel.

Habis tu, apa significant buat Muqaddam kalau tak da alif ba ta?

(Baby Muhammad suka ‘ngaji’ kalau bagi versi berwarna- warni ;) Khusyuk membelek. Huhu)

Muqaddam Bergambar ni berfungsi sebagai motivasi anak untuk speed up belajar Iqra’. Kalau anak anda macam bosan asyik kena mengadap iqra’ setiap kali maghrib, cuba satu hari sua kan Muqaddam Bergambar kat dia.

Insya-Allah anak pasti suka :D

Dan bila anak suka, cuba jadikan Muqaddam Bergambar ni sebagai motivasi anak belajar iqra’. Kira macam reward lah. “Kalau Amin dapat habiskan Iqra’ 1 bulan ni, Ummi akan ajar dan bacakan surah Al -Ikhlas dalam Muqaddam ni.” Insya-Allah anak pasti teruja nak habiskan iqra’. Mesti hari2 dok usha surah Al -Ikhlas yang penuh warna



Nanti pulak, kalau Ummi nak ajar baca surah Al-Ikhlas,ajar lah word by word. Sekadar bacakan buat anak sebagai hadiah dapat habis Iqra’ 1. Atau jadikan kartun kat mukasurat tu sebagai karakter yang kelakar. Buat suara itik ke untuk menambah minat anak :P

Jadikan mengaji suatu aktiviti yang menyeronokkan agar anak suka dan cinta pada kalam Allah sejak kecil.

Berminat untuk dapatkan satu? SMS atau Call saya di 0134906806, atau PM Nor Huda Mazan di Facebook ;)

P/S: Setiap belian Muqaddam Bergambar akan disertakan dengan PERCUMA Audio CD Bacaan Juz Amma – boleh pasang dalam kereta sambil on the way hantar anak ke rumah pengasuh atau taska atau tadika :)


sumber : http://diaryofmuhammad.com/


Monday, September 26, 2011

Oatmeal Scramble

Assalamualaikum

Serius dah bersawang blog kesayanganku ini. Insyaallah hari ni nak bersihkan sawang-sawangnya. Nak share resepi breakfast Balqis utk hari ni. Dah beberapa ali buat tapi baru nak share kali ni. Saya olah sedikit mengikut citarsa Balqis dari sumber Wholesomebabyfood

Oatmeal Scramble

Oat
Carrot
2 Kuning telur
Serbuk badam

Cara-cara
1) Oat dimasak terlebih dahulu di dalam periuk yang berisi air yang telah mendidih
2) Parut carrot
3) Pukul telur kuning
4) Satukan oat, serbuk badam dan parutan carrot dan masak di atas frying pan.
5) Kemudian campurkan kuning telur dan kacau seperti kita buat scramble egg
6) Tutup api bila kuning telur sudah betul-betul masak.
7) Siap

Sometimes, saya menggantikan serbuk badam dengan kismis/kurma yang dicincang.
Berikut ialah nutrisi & khasiat bahan-bahan masakan di atas:

Oats are high in fiber, calcium, protein and even some B vitamins.

Egg yolks supply cholesterol, which is needed for mental development. Remember, b
abies need fats. Organic, cage-free chicken's egg will also contain omega-3 fatty acids that stimulate brain development. Feeding your baby one egg yolk every day from the age of five or six months will provide these essential nutrients, as well as vitamin A and amino acids. Kuning telur boleh introduce pada baby bila berumur 12 bulan ye. Balqis pun baru je saya kasi makan telur.

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Tapi kena try test pada baby sama ada allergic pada badam atau tak.

Ok. Sekadar ini sahaja sharing hari ni. Balqis pun dah bangun tu. Ajak umi main.
Ohh ye hari ni our 2nd Anniversary. Semoga Allah melimpahkan rahmat, redha ke atas rumahtangga kita. Thank you abang kerana menjadi suami yang baik untuk ayang dan ayah yang penyayang kepada Balqis. Love you dear. Bukit Tinggi jejomss..

Lastly, gambar Balqis masa raya baru ni buat tatapan uncle dan aunty semua..


Balqis dah besar tau pakcik makcik semua..



Saturday, July 2, 2011

Giveaway 2011

Alhamdulillah buat pertama kalinya UKbabystuffs bekerjasama dengan eLaila mengadakan Giveaway / Babycontest pada Bulan Julai 2011 ni. Syarat-syarat yang mudah. Hadiah lumayan dan menarik iaitu:
Avent Toddler Cup Set & Shaklee Performance Drink(sangat berguna utk ibu2 menyusu esp Ramadhan akan datang)

Details mengenai Contest ini boleh lihat di sini : Jom Join BabyContest 2011

Selamat mencuba. =)

Wednesday, June 22, 2011

Philea

Assalamualaikum

Bersawangnya lah blog ni. Lama tak update. Banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ni. Balqis pun kurang sihat 2 minggu yang lepas.

Ni first entry saya review hotel. Kenapa saya nak tulis sangat pasal tempat ni? Sebab saya sangatlah teruja dengan tempat ni. Dalam banyak-banyak tempat yang pernah sampai(takdelah banyak sangat tempat pernah sampai..mana yang encik suami ajak, kita ikut) ini tempat saya paling suka.

Tempatnya tak lain tak bukan, Philea Resort Ayer Keroh Melaka. Ikut encik suami ada forum di sini. Berikut sedikit gambar yang sempat diambil.

Philea: Balqis posing atas katil


Philea: our room


Philea : Nice room deco


Philea : Bathroom


Philea : Bathroom


Philea : Balqis favourite place


Philea Kids Zone


Overall, sangat berpuas hati dengan servis dan landskap resort yang menarik. Ohh ye..nak pergi ke satu villa guna buggy ye. Cepat je servisnya. Yang saya kurang gemar sikit ialah disebabkan design villa diperbuat oleh kayu-kayu..maka akan dengarlah bunyi orang berjalan di tingkat atas jika duduk di tingkat bawah villa like us. Ape-ape pun i'll recommend this place kepada semua esp yang hendak berbulan madu, anniversary .. etc.

Lastly..ni gambar Balqis masa majlis penutup malam tu. Ummi tak tau kenapa mulut Balqis dia buat macam tu...





Wednesday, April 27, 2011

Mari membaca


Alhamdulillah..buku Nanny911 di atas telah seminggu sampai di rumah. Tapi masih belum berjaya baca. Baru baca part Introduction. Buku ni saya tak beli di Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ni ye. Tak berkesempatan nak pergi. Buku ni order dari sis Bib kenal dari group facebook Malaysian Parenting Page . Katanya dia order dari adiknya yang ada di UK. So memang murah buku ni dalam masih dalam keadaan baik. Berbaloi-baloi nak banding dengan ilmu yang terkandung dalam buku ni.

Sebelum ni tengok kat TV je Nanny911..tapi dah lama tak tengok. So ada buku ni sangatlah best. Tak salah kita tuntut ilmu yang pelbagai then ambikla mana yang sesuai untuk apply pada anak.

Nak share sikit apa yang ditulis di bahagian Introduction.

11 Commandments Of Nanny 911:

1) Be Consistent
2) Actions Have Consequences
3) Say What You Mean & Mean It
4) Parents Work TOgether As Team
5) Don't Make Promises You Can't Keep

Ni antaranya lah. Siapa nak pinjam, dialu-alukan. Target nak habiskan baca by weekend ni. Insyaallah

Thursday, April 14, 2011

Balqis vegetarian?


Assalamualaikum

Posting kali ni nak share resepi solid food untuk Balqis. Kalau ikutkan diri,memang tiap-tiap hari nak buat posting baru sebab banyak benda nak cerita tetapi keadaan tidak mengizinkan. Hari ni Balqis jadi vegetarian, makan sayur dan buah je sebab umi tak sempat pergi pasar lagi nak beli ikan atau ayam...huhu. Ada sayur je dalam peti sejuk tu. Ada carrot dengan kubis ungu. Alhamdulillah Balqis masih belum pandai memilih makanan. Jadi resepi untuk Balqis hari ni ialah Puri lobak,kubis ungu dan kurma.. =)


Resepi Puri Lobak, Kubis Ungu dan Kurma

Bahan-bahan:
1/2 Lobak
3 kelopak kubis ungu
2 biji kurma

Cara-cara :
1) Lobak dan kubis dipotong dadu/halus terlebih dahulu.
2) Rebus/ stim kan kesemua bahan di atas sehingga lembut.
3) Blendkan semua bahan.
4) Boleh campur dengan bubur nasi atau oat.

Siap...


Puree untuk Balqis
(Balqis sudah 8 bulan jadi tekstur puree saya buat tidak terlalu halus)


Development Balqis dah berumur 8 bulan++ ni alhamdulillah umi dah tak risau nak letak dia duduk. She can sit without support. She love to explore her toys. Kalau dengar lagu ABC dan alif ba ta dia tu dah pandai angguk-angguk kepala ikut rentak bunyi tu. Sangat comel. Semoga Balqis terus membesar dengan sihat, pintar dan solehah.


Balqis 8 month 3 week


Wednesday, March 30, 2011

Anak demam

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sungguh tak update blog ni. Just nak share pengalaman menjaga Balqis demam. FIrst time Balqis demam selama 8 bulan ni. Kena hujan rasanya sehari sebelum kejadian. Malamnya rasa badan panas. Cek suhu badan dia 38.57C. Agak tinggi. Dahla malam hingga pagi tu keseorangan sebab hubby ada program di Sura. Alhamdulillah dah menuntut ilmu how to handle baby fever, tips bayi demam sebelum ni. Jadi taklah panik atau kelam kabut. Jadi para ibu bapa menuntutlah ilmu tidak kira masa. Supaya mudah untuk menghadapi kejadian yang tidak disangka-sangka.

macam nilah gaya ummi Balqis cek suhu (gambar ehsan google)


Malam tu memang duk lap dan tuam kepala dia dengan kain lembap. Buka baju dia. Lap dengan air asam jawa. Setiap 2 jam saya akan cek suhu dia dengan termometer. Parents wajib ada termometer! Pastikan pengudaraan bilik anda baik. Alhamdulillah pagi tu suhu reda sikit. Tapi still bawa pergi klinik. Doktor kasi ubat demam syrup tu. Siang dah elok dah. Start malam esoknya panas balik. Rutinnya sama. Malam ni pun hubby takde..huhu. Menjadi ummi yang tegar.. Demam hari kedua ni sampai ke siang panasnya. Memang mandikan dia beberapa kali untuk redakan panasnya.Alhamdulillah malamnya dah baik demam.

Fuhh.. ni baru demam. Banyak lagi yang ummi perlu bersedia hadapi.Yang penting ilmu untuk mendidik anak-anak dunia akhirat.

Di bawah ada gambar Balqis untu tatapan aunty,uncle sekalian =). Gambar diambil malam tadi sebelum ikut ummi pergi meeting. Credit to Uncle Hakim As Syah Alami tolong beli baju muslimah kid ni di Jakarta. =)


comel tak gigi saya dua batang??



Balqis ada blog jugak..


Balqis dah 8 bulan. Dah boleh duduk with support. Dah pandai ambil barang dengan kaki. Dah pandai ajuk orang jerit. Suka makan macam-macam. Suka baca buku.